BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya , apa hukum kerja di kedai pinjaman wang berlesen yang tak patuh padaninterest yang ditetapkan oleh pihak kemeterian ?

Contoh :

KPKT menetapkan interest 1.5% sebulan tetapi kedai mengubah interest tersebut kepada 13.5% sebulan 

 

Jadi , apakah hukum saya bekerja di situ ? Adakah ini dikira riba ?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 172:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقنَـٰكُم وَٱشكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُم إِيَّاهُ تَعبُدُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ

Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:

 فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). 

Terdapat hadis daripada Jabir RA berkata:

«لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا، وَمُؤْكِلَهُ، وَكَاتِبَهُ، وَشَاهِدَيْهِ»، وَقَالَ: «هُمْ سَوَاءٌ»

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat penerima riba dan pembayar riba, orang yang mencatatnya dan kedua-dua saksinya dan Baginda berkata mereka itu semuanya sama. (Riwayat Muslim).

Berkaitan dengan persoalan puan, bekerja di syarikat pinjaman wang berlesen adalah harus selagi mana perniagaannya mestilah berlandaskan syariat Islam. Namun sekiranya konvensional, maka ia adalah diharamkan kerana asas pinjaman konvensional adalah riba. Adapun kenaikan 13.5% tanpa kebenaran pemerintah adalah tidak dibenarkan sama sekali. Dan bekerja untuknya dikira bersubahat melakukan kemungkaran (penipuan) dan pastinya menjurus kepada pengamalan perniagaan riba dan penipuan.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surat al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ  وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah”.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image