BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya seorang yang sentiasa menggunakan krim pelindung matahari dan pelembab muka. Dalam pada itu, saya juga memakai cermin mata yang pastinya akan terkena pada kulit wajah saya. Kebiasaannya, saya akan membersihkan makeup saya sebelum berwuduk. Persoalannya, adakah saya perlu juga membersihkan juga kulit muka yang terkena pada cermin mata tersebut kerana dikhuatiri terdapat bekas-bekas dari krim pelindung matahari dan pelembab muka yang melekat pada cermin mata dan mungkin menyebabkan air wuduk terhalang? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara salah satu syarat sah wuduk ialah membersihkan anggota wuduk daripada sesuatu yang dapat mencegah basuhan air ke kulit.

Menjawab kepada persoalan, tindakan puan membersihkan makeup sepenuhnya sebelum berwuduk adalah memadai bagi menjadikan basuhan betul-betul kena pada keseluruhan bahagian yang termasuk dalam kawasan wajah. Maka wuduk telah sah. Adapun bekas ataupun kesan yang sedikit daripada krim pelindung matahari mahupun pelembab muka yang melekat pada cermin pada lalu dipakai semula selepas wuduk diambil dengan sempurna adalah tidak mendatangkan apa-apa masalah dan wuduk tersebut adalah tetap sah.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 21

message user image