BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Ustaz saya nak tanya, sebelum ni saya gunakan duit haram hasil main FOREX untuk tujuan perniagaan kedai makan. Sekarang saya dah bertaubat jadi saya nak tahu hukum perniagaan saya adakah ia sah ? saya faham berniaga makanan itu harus hukumnya tetapi saya gunakan dari sumber yang salah, mohon pencerahan dari pihak tuan ustaz...


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menyesal atas dosa dan kesilapan merupakan antara tanda limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT ke atas hamba-hamba. Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita semua.

FOREX adalah haram, maka apa yang terhasil daripadanya juga adalah haram melainkan duit modal. Namun sekiranya wang modal permulaan juga adalah dari sumber yang haram ia akan kekal haram. Oleh itu, sesuatu yang haram tidak boleh dimiliki dan dimanfaatkan, ia termasuk di dalam kategori harta yang tidak patuh syariah dan mesti dilupuskan dengan kaedah yang ditetapkan oleh syarak, antara cara pelupusan harta tidak patuh syariah adalah dengan menyerahkan semua harta tersebut kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, sekiranya di Selangor harta tidak patuh syariah perlu diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sekiranya wang tersebut telah dijadikan modal perniagaan lain yang halal, maka hasil dari perniagaan tersebut boleh dimanfaatkan untuk keperluan hidup kerana ia adalah perniagaan yang halal. Sekiranya mampu untuk memulakan perniagaan lain dengan sumber yang halal itu adalah yang terbaik. Namun sekiranya tidak mampu bayarlah kepada baitulmal jumlah wang modal menggunakan hasil yang tidak patuh syariah sebagai ikhtiar proses penyucian. Sekiranya tidak mampu juga maka cukuplah mengambil hasil yang secukupnya untuk belanja kehidupan sekeluarga dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT atas kesilapan yang dilakukan serta carilah jalan untuk memulangkan semua wang yang tidak patuh syariah itu kepada Baitulmal.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image