BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

HUKUM  FARAID

Assalamualaikum ustaz

Simati tiada suami.. tinggal bersama anak saudaranya perempuan yang diambil sebagai anak angkat  sejak dari kecil lagi. Anak inilah yang menjaganya makan minum, rawatan dan sebagainya sehingga ibu saudaranya itu meninggal dunia.

Soalan saya ustaz....

Siapakah ahli waris yang berhak terima faraid dan bagaimana pembahagian nya

Untuk pengetahuan ustaz...Simati hanya ada seorang sahaja saudara iaitu abang seibu sebapa yang masih hidup..

Mohon pencerahan ustaz

Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan dan fakta kes diberi, melalui perbualan telefon, saudara seibu sebapa lelaki adalah waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati yang mewarisi secara Asobah bi al-Nafsi iaitu sebanyak 1/1 bahagian atau keseluruhannya. Manakala anak saudara perempuan tidak berhak mendapat harta pusaka, sebaliknya berhak untuk menerima wasiat tidak melebihi 1/3 daripada harta jika ada.

Walau bagaimanapun, untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada unit Rundingcara Faraid Majlis Agama Islam Negeri.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 11

message user image