BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, ada cecair yang telah menjadi najis ketika saya ingin membuang najis itu, cecair itu ada menitis dua titik di karpet kemudian saya keluar dan kembali untuk lihat najis pada karpet itu telah hilang dan saya pijak karpet saya tak ingat najis itu berada di mana dan ada bahagian karpet itu basah saya jadi was was jika itulah tempat yang bernajis tadi dan saya pijak.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, memadai ia melihat kepada yang zahir. Jika diyakini tiada bau, warna dan rasa, maka ia kembali kepada hukum asal bahawa ianya suci. Tambahan pula tidak dapat dipastikan tempat di mana najis itu jatuh. Jadi, ia tidak perlu dicuci atau dibersihkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image