BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

ASALAMUALAIKUM, SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN PERMAINAN ONLINE ATAS TALIAN IAITU XWORLD, TAP COIN DAN JUGA SATU PLATFORM MEMBACA NOVEL IAITU NOVELAH. SAYA INGIN BERTANYA STATUS DUIT YG DIKUMPUL OLEH PENGGUNA DLM PLATFORM TU HALAL DIGUNAKAN KE? SEBAB UNTUK XWORLD & TAP COIN TAK PERLU BAYAR APA2 HANYA BERMAIN APA2 GAME DAN POINT TERKUMPUL BOLEH DITUKAR KEPADA DOLLAR. DAN LAGI SATU KEPADA PEMINAT MEMBACA NOVEL, ADAKAH POINT BACAAN TERKUMPUL TU HALAL SEKIRANYA DIGUNAKAN? MINTA PENCERAHAN DAN SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk persoalan tuan, hukum asal bermain permainan atas talian adalah diharuskan. Ini berpandukan kaedah fiqhiyah yang menyatakan :

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya.

Namun sesuatu permainan boleh menjadi haram, sekiranya permainan atas talian itu mempunyai unsur atau perkara yang membawa pengharaman seperti:

  1. Mengandungi perkara haram seperti pendedahan aurat, gambar serta objek yang memberahikan, aksi lucah dan sebagainya. .

  2. Mempunyai unsur perjudian dan khianat.

  3. Mengabaikan tanggungjawab terhadap perkara yang diwajibkan.

  4. Faktor ketagihan yang melampau.

  5. Hilang fokus terhadap realiti dan masyarakat sekeliling.

  6. Mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh badan dan kesihatan.

  7. Menghilangkan akhlak sebagai seorang Muslim.

Sekiranya ketiga-tiga platfrom tersebut tidak mempunyai unsur-unsur yang dinyatakan di atas,  novel yang dibaca tidak mengandungi unsur kemaksiatan dan dosa seperti perkara lucah dan memberahikan, maka ia diharuskan dan hasil daripadanya juga diharuskan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, teima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 41

message user image