BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

SAYA NAK SAMBUNG SOALAN TENTANG BAB SEBELUM NI IAITU TENTANG AKAUN GAME , ALHAMDULILLAH JAWAPAN SEBELUM TU MEMBANTU DAN ADA YG YG SY NK TNYA LAGI

 

1. APAKAH HUKUM MENJADI MIDMAN (ORANG TENGAH ) AKAUN GAME

 

tugas midman akaun game ni hanya pegangkan duit pembeli dahulu sebelum menerima akaun , selepas penjual bagi akaun ke pembeli barulah midman serahkan duit kepada penjual . fungsi utama midman akaun game ialah untuk mengelakkan dari pembeli tidak terkena scam . jadi mcm kita tahu jual beli acc game unsur judi mmg haram. jadi mcm mana pula kalau midman ni sdg menguruskan urusan penjual dan pembeli yg dimana akaun tu ada unsur judi . dan bagaimana pula jika midman menguruskan akaun yang tidak ada unsur judi , adakah dibolehkan ?

 

2. APAKAH HUKUM JOKI AKAUN GAME

 

Joki game ni mcm kita tahu iaitu org upah kita untuk naikkan rank game diorg. tiap 1 star / point ada la upah nya . jadi kalau sy joki akaun yg ada unsur judi tapi sy cuma bermain untuk naikkan rank saja sy tk buat apa ii yg haram , cuma bermain pada akaun yg ada unsur judi saja mcm akun tersebut pernah Di spin ke gitula . jadi apakah hukum sy menjoki akaun tersebut. sy ada tanya ustaz lain katanya Boleh kerna sy tak de kena mengena dgn benda yg haram , sy cuma naikkan rank tu je . jadi nak dgr pendapat mufti

 

3. APAKAH HUKUM SEWA AKAUN GAME

 

setelah dapat tahu jual beli akaun game , sy masih mempunyai baki akaun game yg banyak dan sy tk tahu apa perlu dibuat . Jadi saya fikir untuk disewakan , tapi akaun tersebut ada unsur judi kan tapi sy buat sewa , sewa dia contoh 1 jam rm10 atau 1 hari rm40 ke mcmtula . jadi apakah boleh saya menyewa akaun game dari baki akaun saya sebelumni tapi ada unsur judi accnya . adakah dibolehkan dengan bersyarat atau mmg tak boleh

 

nanti lepas dh bagi jawapan minta mufti bagitau juga adakah hasil tu ok ke tak ok seperti hasil joki dan sewa tu , tpi kalau haram ofkos hasilnya haram yedok . cuma kdg ragu ii juga , 

 

Saya perlukan jawpan ni cepat sikit ya kalau boleh sbb mmg sy cri jawapan tk jumpa , tanya ustaz pun di seen . tnya 5-6 ustaz dalam bidang muamalat ada yg seen ada yang tak faham soalan yg diberikan

sebabnya mungkin Bab akaun game ni benda yg masih baru lagi , terima kasih yaa 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya menjadi midman (orang tengah), joki akaun atau menyewakan akaun game secara umumnya adalah bergantung kepada pengisian yang ada di dalam game atau permainan tersebut. Sekiranya permainan tersebut mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti perjudian, elemen mensyirikkan Allah SWT atau apa-apa unsur lain yang diharamkan oleh syarak, maka ia menjadikan perbuatan tersebut (menjadi midman, joki atau menyewakan akaun) menjadi haram. Namun jika tiada unsur-unsur yang diharamkan maka hukumnya adalah harus. Perlu diingatkan bahawa sebab yang menjadikan sesuatu perkara itu haram ada dua iaitu:

1. Haram Lizatihi - haram kerana zat sesuatu itu sudah ditetapkan oleh syarak sebagai haram seperti anjing, babi, judi, arak dan lain-lain lagi

2. Haram Lighairihi - sesuatu yang pada asalnya halal tetapi menjadi haram kerana disebabkan sesuatu perkara lain yang berkait dengannya seperti memakan ayam yang dicuri, bermain permainan yang pada asalnya harus tetapi bermain sehingga lalai dari mendirikan solat dan lain-lain lagi.

Secara umumnya selagi sesuatu permainan itu tiada unsur yang diharamkan maka harus menjadi midman, joki serta mengambil hasil sewa dari perkara tersebut. Tetapi jika wujud unsur yang diharamkan, maka hasil yang diperolehi juga adalah haram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image