BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan gaji dan pekerjaan. Saya bekerja di bawah perkhidmatan membaik pulih keretapi. Saya berasa was was atas segala yang dilakukan majikan saya. Syarikat saya diberi tanggungjawab oleh kementerian untuk melakukan overhaul keatas train yg berkenaan. Ada yang perlu diganti tp sekadar membaik pulih saja. Saya dah seringkali bertanya perlu tukar baru atau baik pulih saja. Majikan saya memberikan jawapan sudah dimaklumkan kepada kementerian kita membaiki saja. Dalam kontrak perlu ditukar sekiranye rosak. Saya menjadi was was dan takut atas segala arahan majikan untuk memasang semua barang itu. Adakah gaji sy berkat atau haram menerima segala arahan majikan. Perlu ke saya abaikan da bekerja seperti biasa.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Segala perjanjian atau kontrak yang telah dibuat di antara pihak syarikat dan pelanggan (Kementerian) hendaklah dipenuhi. Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Amru bin 'Auf RA, daripada Nabi SAW;

وَالْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Dan orang Islam itu terikat dengan syarat yang  telah dipersetujui oleh mereka, melainkan syarat yang mengharamkan perkara hala atau menghalalkan perkara yang haram.  (Riwayat al-Tirmizi)

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sebagai seorang pekerja, tuan bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak atasan berkaitan keperluan memenuhi perjanjian iaitu dengan menggantikan peralatan yang rosak dan bukan hanya membaikinya. Namun sekiranya teguran tersebut tidak dilayan, ia tidak menjejaskan pendapatan tuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image