BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz..di sini saya ada beberapa soalan..sebelum itu saya terangkan dahulu..ini berkaitan dengan nazar suami saya..suami saya bernazar jika dikurniakan zuriat lagi (anak yang kedua), suami saya mahu menyedekahkan 2 ekor kambing yang siap dimasak kepada jiran tetangga..soalan saya adalah :

1) Bilakah waktu sesuai untuk mula sedekah kan lauk kambing tersebut?adakah selepas ujian kehamilan menunjukkan positif @ selepas melakukan scan di klinik dengan doktor @ selepas bayi selamat dilahirkan?

2) Suami saya masih belum di akikah kan dari kecil..bolehkah nazar tersebut dilakukan dengan niat akikah ke atas suami disekalikan (kambing yang sama)?

3) Jika nazar tersebut boleh dilakukan selepas bayi lahir, bolehkan nazar tersebut dilakukan dengan niat akikah ke atas bayi tersebut disekalikan (kambing yang sama)?

Itu sahaja soalan dari saya..terima kasih kerana meluangkan masa menjawab persoalan saya..semoga dipermudahkan urusan kita semua..inn shaa Allah aamiinn ya Allah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

1. Waktu yang bersesuaian untuk menunaikan nazar adalah bergantung kepada lafaz nazar itu sendiri. Berdasarkan lafaz yang dinyatakan "jika dikurniakan zuriat lagi (anak yang kedua)" menunjukkan bahawa anak itu mestilah telah lahir. Oleh itu, waktu yang sesuai menunaikan nazar tersebut adalah setelah anak itu dilahirkan.

Walau bagaimanpun, diharuskan untuk menunaikan nazar tersebut sebelum anak itu dilahirkan.

2. Tidak boleh menggabungkan akikah dan nazar dalam satu ibadah kerana keduanya merupakan ibadah yang maqsudah li zatihi (dituntut kerana zat ibadah itu sendiri). Malah, nazar dan akikah mempunyai dua status yang berbeza. Sembelihan kerana nazar adalah ibadah wajib dan orang yang melakukan sembelihan nazar mestilah mengikut tatacara pengurusan sembelihan wajib seperti wajib bersedekah dengan keseluruhan daging tersebut dan ahli keluarga di bawah tangungannya tidak boleh mengambil manfaat daripada daging tersebut. Sedangkan akikah adalah ibadat sunat yang mempunyai tatacara pengurusan yang berbeza.

3. Seperti jawapan soalan 2, tidak dibenarkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image