BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada ahli panel,

Beberapa hari lepas seekor anjing liar masuk ke kawasan asrama di sekolah saya dan telah memasuki bilik persediaan atau ruangan study kami. Ruangan tersebut mempunyai karpet di seluruh ruang.  Rakan saya kemudian terserempak dengan anjing tersebut dan mendapati ia duduk di kawasan meja pertama di bilik tersebut. Persoalan saya adakah bilik kami ini perlu disertu atau tidak, atau disertu hanya pada bahagian yang diyakini saahaja seperti yang disaksikan oleh sahabat saya pada ketika itu. Diharap saya mendapat pencerahan atas kemusykilan ini. Jazakumullahu khairan.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang suci itu kekal dianggap suci sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang suci itu kepada bernajis. Sebagaimana kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Merujuk kepada persoalan puan, tidak perlu di sertu bilik dan juga meja tersebut. Melainkan sekiranya jelas dipastikan terdapat ain najis anjing, maka ketika itu perlu sucikan dengan menyertu kawasan yang terkena najis anjing tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 35

message user image