BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya ditugaskan melakukan kerja penyeleggaraan berkala disebuah kedai oleh syarikat. Selepas penyeleggaraan selesai kedai sebelah beliau meminta saya melaksanakan hal yg sama tp tidak sepenuhnya. Kedai ini tiada kontrak dgn syarikat. Saya melaksanakannya & kemudian beliau memberikan saguhati RM50 kpd sya walaupun saya menolak.

Apa yg perlu saya lakukan dgn wang tersebut & adakah saya dikira mengkhianati syarikat dlm hal ini. Saya rasa serba salah dgn hal ini. Apa yg perlu saya lakukan.

Sekian terima kasih

Wassalam


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Mengambil tugasan pada waktu kerja yang ditetapkan oleh syarikat tempat bekerja adalah bergantung kepada polisi syarikat masing-masing. Sekiranya syarikat menetapkan bahawa pekerja tidak boleh mengambil tugasan tanpa kecuali mendapat kebenaran daripada syarikat, maka pekerja mestilah mendapatkan persetujuan untuk membuat kerja tambahan tersebut. Upah yang diberikan daripada tugas tambahan itu pula hendaklah dimaklumkan (declare) kepada pihak syarikat sebelum puan sebagai pekerja mengambil manfaat daripadanya.

Namun, sekiranya pihak syarikat tidak menetapkan peraturan sedemikian, maka pekerja boleh mengambil kerja tambahan tersebut beserta upah yang diberikan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 18

message user image