BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Kaedah printing "pad printing" sering menggunakan pad yang diperbuat daripada gelatin. Pad tersebut adalah kering, tetapi dakwat yang diletakkan ke atasnya adalah basah. Apabila pad ini dicap ke atas sesuatu permukaan (misalnya pakaian atau barang perhiasan), adakah permukaan itu menjadi najis? Apakah hukum menunaikan solat dengan pakaian yang sebegini?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kebiasaannya gelatin digunakan dalam setiap penyediaan barangan yang dihasilkan termasuk cat, gam dan dakwat. Gelatin diperolehi daripada tulang atau ligamen (tulang rawan), kulit, haiwan seperti lembu, kerbau, ikan atau babi. Maka, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk berhati-hati dan mengenal pasti sama ada gelatin itu dihasilkan daripada bahan yang halal atau haram. Sekiranya diketahui ia bersumberkan babi maka wajib dijauhi. Manakala gelatin yang diperbuat dari sumber yang halal, ia tidak dihukumkan sebagai najis. Justeru, sekiranya tidak terbukti kesahihan pad printing tersebut dihasilkan dari gelatin babi, maka ia tidak dihukumkan sebagai najis dan pakaian tersebut boleh digunakan ketika solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image