BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya hanya membayar zakat pendapatan selama ini, melebihi 2.5% yg ditetapkan melalui potongan gaji. rumah dan kereta masih berhutang bank, dan duit simpanan asyik keluar masuk sebab saya memang menggunakan untuk perbelanjaan harian. emas pun tak ada, sikit sangat tak sampai 10gram. soalan saya:

1. adakah lebihan zakat pendapatan tu boleh secara automatic meng'cover' keperluan zakat lain yand saya kurang cakna contoh zakat harta, simpanan, dan sebagainya.

2. saya ada mengeluarkan duit epf untuk keperluan harian, adakah perlu saya bayar zakat utk simpanan epf atau setiap kali saya keluarkan duit epf. 

 

Terima kasih, Assalam.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد 

1. Sama ada lebihan zakat pendapatan yang dikeluarkan dapat meng'cover' atau menampung kewajipan zakat simpanan atau harta yang lain perlu kepada pengiraan yang tepat terhadap jumlah pendapatan yang diperolehi, wang simpanan yang lain serta harta yang ada. 

Oleh itu, disarankan untuk bertemu dengan pegawai daripada Pusat Zakat berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan zakat yang betul dan tepat.

2. Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan wajib ditunaikan zakat sekiranya ia memenuhi syarat wajib zakat iaitu cukup haul (setahun dalam pemilikan) dan nisab (cukup kadarnya). Walau bagaimanapun, merujuk kepada Fatwa Selangor bertajuk Fatwa Kaedah Pembayaran Zakat kwsp yang diwartakan pada tahun 2001, pemilik wang kwsp boleh terus mengeluarkan zakat tanpa menunggu tempoh setahun. 

Sila rujuk: https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-kaedah-pembayaran-zakat-kwsp/

Kadar nisab semasa tahun 2024 (Januari - Jun) adalah RM 24,007.00. Seandainya wang yang dikeluarkan kurang daripada kadar nisab atau telah digunakan untuk keperluan harian dan jumlah baki daripada wang simpanan tersebut kurang daripada kadar nisab, maka zakat tidak wajib dikeluarkan.

Kadar nizab zakat wang simpanan semasa boleh disemak di laman: https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas-dan-perak/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 14

message user image