BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan tentang murtad. Saya menonton movie dan movie tersebut ada adegan seks, saya melakonkan semula perbuatan yang saya lihat bersama bantal. Kemudian saya terfikir orang islam tak boleh buat mcm ni, saya pon berfikir pretend character yg saya lakonkan itu bukan islam. Saya tahu perbuatan tersebut  adalah berdosa namun saya tidak tahu jika ia membatalkan iman saya. Saya sudah pon bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah. Persoalan saya, adakah saya murtad? Saya sudah berkahwin, apa status perkahwinan saya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hukum melihat video adegan seks atau pornografi adalah haram. Firman Allah SWT dalam surah Mukmin ayat 5 hingga 7:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧

MaksudnyaDan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Menjawab soalan yang diajukan, tindakan menonton adegan seks dan melakonkan semula perbuatan yang kamu lihat bersama bantal boleh dianggap sebagai suatu kesalahan dan berdosa, namun tidak membawa kepada terkeluar daripada Islam atau murtad. Rasa insaf dan menyesal atas perbuatan tersebut adalah sifat yang terpuji. Banyakkanlah beristigfar kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 65

message user image