BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sebelumnya saya sudah bertanya mengenai isu berkaitan dengan genshin impact. Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai Mobile legends. Ketika pemain berjaya membunuh pihak lawan sebanyak 7 kali tanpa sebarang kematian, maka pemain akan mendapatkan "shoutout Godlike". Adakah perkara ini boleh membawa kepada kekufuran? Semoga mufti dalam menjelaskannya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, istilah "Godlike" biasanya digunakan dalam konteks permainan video atau dalam kalangan komuniti pemain video untuk menyatakan sesuatu pencapaian yang hebat atau istimewa. Dalam banyak permainan video, istilah "Godlike" dapat merujuk pada pemain yang berhasil mengumpulkan sejumlah markah yang banyak atau membunuh musuh tanpa terbunuh dirinya sendiri dalam satu sesi permainan. Jadi, memberikan "shoutout Godlike" di dalam permainan video Mobile Legends bererti memberikan penghargaan atau pujian melampau kepada seseorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan yang salah iaitu melatih pemikiran negatif dan tidak sihat serta lebih kepada membunuh walaupun ianya sekadar permainan.

Islam memberikan ruang kepada individu untuk menikmati pelbagai aktiviti, termasuk bermain permainan video, selagi hal tersebut tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama dan tidak mengganggu kewajiban-kewajiban sebagai seorang muslim. Namun demikian permainan seumpama ini adalah tidak bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam yang tidak mengambarkan Islam itu suatu kedamaian dan keamanan. 

 Menerima ungkapan seperti itu tidak menyebabkan seseorang menjadi kafir atau kufur, namun sebaiknya hendaklah dielakkan daripada bermain dengannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image