BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan dan Pihak Jabatan Mufti,

Saya ada 2 pertanyaan..

Pertama, Saya dapati, pemikiran dan hati saya sering diganggu yg menguji iman, dan saya sering mengucap kalimah syahadah di dalam hati dan melafaz nya dengan mulut (Tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad adalah utusanNya), agar saya sentiasa yakin dan mengakui Allah satu2nya Tuhan yang esa..

adakah bisikan2 jahat dari minda dan hati dikira kecuali jika kita menyebutnya?

Kedua, saya dapati, diri saya telah hilang perasaan terhadap hampir semua perkara. Misalnya, yang melibatkan diri, emosi dan hati saya sukar untuk bersedih, rasa jatuh cinta, sukar untuk mengikuti pergaulan, dan saya mudah rasa cemburu, dan rasa marah terhadap orang yang berkata tidak baik tentang saya..Saya juga dapati, keupayaan minda saya untuk befikir secara pantas dan logik , dan berfikir dahulu sebelum berkata/bertindak semakin berkurangan..

Mohon pandangan, dan saranan nasihat dari pihak Tuan, Jabatan Mufti mengikut tuntutan dan saranan agama..

Terima kasih Tuan, saya amat menghargai respon dan masa yang diberikan, Semoga kita semua diberkati Allah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan:

1. Bisikan jahat dari minda dan hati berkemungkinan adalah bisikan syaitan. Bisikan sebegini juga boleh muncul disebabkan gangguan fikiran seperti depressi atau stress yang berlebihan. Selagi Tuan tidak ikut apa yang dibisikkan itu, selagi itu tuan tiada apa-apa kesalahan.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن الله تجاوز عن أمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم

Maksudnya: Allah akan mengampuni umatku atas apa yang dia bicarakan dalam hatinya, selama dia tidak melakukan atau menyatakannya. (Riwayat al-Bukhari)

2. Hilang perasaan, perubahan pada diri yang bukan pada kebiasaan adalah sesuatu yang membahayakan. Kelihatannya seperti Tuan sedang mengalami suatu masalah yang mengganggu kehidupan seharian. Maka Tuan dinasihatkan berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan lanjut. Dikhuatiri Tuan sememangnya mengalami gangguan fikiran atas sebab-sebab tertentu. Juga dinasihatkan supaya banyakkan berzikir mengingati Allah SWT dan berdoa kepadanya. Lazimilah bergaul dengan orang-orang yang soleh dan hadir dalam majlis-majlis ilmu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 67

message user image