BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Dengan lafaz bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum  tuan/puan pengurusi soal jawap,ustaz/ustazah,semoga kalian yakni warga jais sentiasa dlam kebeekatan,dilindungi ALLAH SWT,

sya ada kemusykilan atau soalan

Antara aqidah dengan sunnah yg mana 1 lebih penting,atau perlu diutama,yg mana perlu ditekankan dlm diri terlebih dahulu,sbgai contoh jika sunnah diamalankan namun aqidah terpesong apakah amalan tersebut diterima Allah azawajalla,jika aqidahnya benar namun tdak mgikut sunnah,apakah amalan y tdak mgikut sunnah itu diterima oleh Allah swt,seprti tahlil,azan mgunakan micrifon,d sebagainya,

Semoga pihak jais dpat meberikan penerang lengkap agar saya tidak mnjadi risau atau musykil 

Sekian terima,salam dari seorng pendosa yg bertaubat

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan ini, perlu difahami terlebih dahulu apa itu sunnah dan apa itu aqidah. Sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada pada percakapan, perbuatan atau pengakuan Baginda SAW. Aqidah pula adalah merujuk kepada pegangan dan kepercayaan di dalam Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Perlu difahami bahawa, tiada perbezaan untuk mendahulukan antara aqidah dan sunnah mana yang lebih utama. Setiap pegangan aqidah yang benar dan berlandaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka dia dikira mengikuti sunnah. Tidak wujud konteks mendahulukan sunnah daripada aqidah. Yang membezakan antara satu sama lain adalah pemahaman terhadap sunnah. Selagi mana seseorang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka seseorang itu telah mengikuti sunnah.

Adapun permasalahan seperti tahlil, azan menggunakan mikrofon dan yang seumpama dengan isu ini, maka ia adalah masalah khilaf dalam perbahasan fiqh bukan pula aqidah. Masalah seperti tahlil dan masalah khilaf lain masih ada asal dan sumber daripada al-Quran mahupun sunnah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image