BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mohon pencerahan. Saya ada terbaca, Google adalah salah satu jenama yang menyokong kekejaman Israel. Soalan saya:

1. Apakah hukum membeli barangan atau servis dari jenama-jenama yang menyokong kekejaman Israel?

2. Apakah hukum menggunakan platform YouTube walaupun untuk mendengar lagu-lagu nasyid atau menonton ceramah agama secara percuma?

3. Apakah hukum menggunakan Google Maps sebagai GPS semasa memandu e-hailing? Untuk makluman ada syarikat e-hailing yang tidak menerima apps GPS selain Google Maps dan Waze.

Sekian, Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

1) Pada asasnya, hukum membeli barangan atau servis dari jenama-jenama yang secara pasti membantu secara langsung kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin melalui hasil penjualan barangan atau servis tersebut, maka hukumnya adalah haram. Walau bagaimanapun, sekiranya jenama itu hanya menyokong dan tidak dapat dipastikan hasil jualan itu digunakan untuk membantu secara langsung, maka tidaklah membawa kepada hukum haram. Namun sebaiknya dihindarkan berdasarkan kepada keadaan atau situasi masing-masing. 

2) Hukum menggunakan platform YouTube walaupun untuk mendengar lagu-lagu nasyid atau menonton ceramah agama secara percuma adalah harus mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi tujuan yang baik yang dapat membantu bagi menambahkan keimanan seseorang itu adalah dituntut. Dan perkara ini hendaklah difahami, jika tujuannya ke arah yang haram maka hukum seperti Youtube adalah haram. Hal ini bertepatan dengan kaedah usul yang disebutkan oleh ulama seperti: 

الوسائل تتبع المقاصد في أحكامها

Maksudnya: Segala wasilah atau cara mengikut hukum maksud atau tujuan. 

3) Hukum menggunakan Google Maps sebagai GPS semasa memandu e-hailing adalah diharuskan sebagaimana situasi soalan no. 1.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image