BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Baru-baru uni saya ada melayari alpikasi shopee Dan says membuat carian produk alcohol atau arak hanya sekadar until melihat sahaja bukan untuk membeli.

Semasa carian alpikasi shopee tersebut mengeluarkan satu mesej lebih kurang 'you can only view if you over 21 and non Muslim ' Dan saya abaikan mesej tu Dan teruskan melihat produk tersebut 

Soalan saya.. adakah jatuh murtad dengan tindakkan saya dia atas?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Arak merupakan satu perkara yang diharamkan secara jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Betapa besarnya mudarat arak sehingga Islam mengharamkan kita daripada melibatkan diri dengan sebarang urusan yang melibatkan arak.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.

(Riwayat al-Tirmidzi)

Justeru itu, perbuatan melihat produk arak atau alkohol hanya sekadar untuk melihat, bukan untuk membeli adalah tidak jatuh murtad di sisi Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 45

message user image