Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Imam Masjid kariah saya mengamalkan salawat alfateh yang diamalkan oleh ahli tariqat Tijani. Saya ada melihat melalui you tube yang tariqat ini adalah sesat dan tidak boleh diamalkan. Begitu juga salawat alfatih ini. Mohon pencerahan dari pejabat Mufti.
Jawapan
Sebelum menjawab soalan yang diajukan, perlu difahami bukan semua kumpulan tariqat itu sesat dan menyeleweng. Ada yang berada dalam kebenaran dan ada yang menyeleweng. Selagi sesuatu tariqat itu berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah maka ia berada dalam kebenaran:
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
1. Bacaan selawat al-Fatih adalah diharuskan kerana ia adalah salah satu bentuk selawat kepada Baginda SAW dan satu bentuk doa yang baik. Antara doa tersebut adalah memohon hidayah Allah SWT dan sentiasa dalam kebenaran. Berikut adalah teks dan terjemahan selawat al-Fatih:
Maksudnya: Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup dan pengkahiran kepada yang terdahulu. Yang menolong kebenaran dengan kebenaran dan penunjuk jalan hidayah ke jalan yang lurus. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga Baginda bersesuaian dengan darjat dan kedudukan mereka yang agung.
2. Untuk makluman juga, setakat ini tiada fatwa berkaitan tariqat Tijani di negeri Selangor.
Sebagai penutup, dinasihatkan supaya kita berhati-hati dalam menilai sesuatu amalan dan kumpulan sebagai sesat.
Sekian, terima kasih.