Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,saya ada beberapa soalan
1.Bolehkan taklik murtad dibatalkan sebelum dilanggar atau selepas taklik dilanggar?
2.Adakah taklik murtad itu sah sekiranya ia berlaku berpunca dari penganiayaan orang lain yang ingin menyebab kan kita murtad?
Jawapan
Imam al-Nawawi menjelaskan perkara ini dalam kitabnya Raudah al-Talibin ketika beliau menyatakan dengan menukilkan perkataan al-Mutawalli:
Maksudnya: Keazaman untuk keluar dari agama Islam pada masa hadapan menjadikan seseorang itu kufur. Demikian juga perbuatan taklik keluar islam atau murtad dengan perkara yang akan berlaku seperti seseorang berkata “jika hartaku hilang atau anak aku mati, aku jadi yahudi atau aku jadi kristian”.
Justeru, perbuatan mentaklik urusan ibadah atau urusan seharian kita dengan keluar dari Islam adalah sesuatu perkara yang dilarang. Oleh yang demikian, individu yang telah melakukan perbuatan ini perlu bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah untuk kembali kepada agama Islam. Setiap perkataan, perbuatan atau iktikad perlu selari dengan pegangan aqidah Islam. Setiap muslim perlu berhati-hati dalam setiap ucapan yang dikatakan supaya tidak mengucapkan sesuatu yang boleh menjadi penyebab kepada murtad atau keluar dari agama.
Oleh yang demikian, setiap perkataan dan perbuatan seorang muslim perlu dijaga dan diteliti kerana setiap perbuatannya pasti akan dipertanggunjawabkan dihadapan Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah Yasin ayat 65 :
Maksudnya: “Pada hari ini kami tutup mulut mereka. Tangan-tangan mereka akan berkata-kata kepada kami dan kaki-kak i mereka akan bersaksi terhadap apa yang telah mereka usahakan”.
Sekian, terima kasih.