BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Salam Tuan. Adakah orang yang dilahirkan sebagai muslim perlu ulang ucap syahadah dihadapan saksi bagi mengesahkan keislamannya. Ini kerana wujud sekelompok jemaah di Malaysia yang mensyaratkan sekiranya "orang luar" ingin bernikah dengan anggota keluargannya untuk ulang lafaz syahadah dihadapan saksi (seperti habib), kerana bagi jemaah ini penyaksian lafaz syahadah perlu dilakukan dihadapan saksi barulah sah keislaman seseorang muslim itu. Kalau tidak mereka menganggap muslim itu adalah islam secara keturunan / ikutan semata-mata. Adakah amalan ini sesuatu yang boleh dibuat atau ia amalan sesat / bidaah kerana perkara ini bukan kelaziman yang dipraktikkan di Malaysia.   


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan:

Seseorang Islam wajib mengucapkan syahadah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana lafaz syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Seorang Muslim yang melakukan solat secara tidak langsung telah mengucapkan lafaz tersebut. Oleh itu, dia tidak perlu bersyahadah semula. Ini kerana dalam kehidupannya seharian, semua ciri, perilaku dan penampilannya sudah menunjukkan bahawa dirinya seorang Muslim iaitu dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala dilarang oleh agama. Oleh yang demikian, penyaksian syahadah itu tidak wajib diulangi. Namun begitu, membuat Talqin Syahadah iaitu ulangan syahadah merupakan satu amalan yang digalakkan oleh para ulama sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) jika kita ada melakukan perbuatan yang membatalkan syahadah tanpa disedari. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 90

message user image