BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya ad mengajak rakan saya menonton filem korea di Netflix. Awalnya, saya tidak tahu cerita tersebut akan mengandungi unsur syirik, namun pada awal adegan filem tersebut, ia menunjukkan satu karakter menjadi bomoh. Bomoh tersebut menuduh anaknya dirasuki setan dan juga meramal anaknya akan menjadi pembunuh di masa hadapan. Dan anaknya memang menjadi pembunuh. Namun, anaknya sebenarnya mempunya masalah kesihatan mental yang menyebabkan dirinya bersikap begitu. Ada juga beberapa adegan bacaan mantera yang saya tidak pasti sama ada mantera asli atau rekaan kerana ianya di dalam bahasa korea jadi saya tidak memahaminya. Sekiranya saya menonton bersendirian, mungkin saya akan terus berhenti namun disebabkan saya menonton dengan kawan, maka saya teruskan saja tonton sampai habis. Jadi soalan saya, adakah perbuatan saya ini boleh menyebabkan saya tergolong dalam kalangan yang disebutkan dalam hadis ini, iaitu "Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW."? Saya sedar dan tahu bahawa perbuatan meramal dan juga sihir seperti berikut haram dan tidak membawa sebarang manfaat. Saya agak risau kerana ada seorang ustaz menjawab soalan yang ditanya oleh seseorang iaitu apakah hukum dia menonton rancangan tv sulap mata, namun dia tidak mengetahui rancangan tersebut mempunyai adegan meramal masa hadapan dan juga bacaan mantera dari bomoh asli, dan ustaz tersebut menjawab sekiranya sudah tahu namun masih tonton, dikhuatiri akan tergolong dalam golongan yaang disebutkan dalm hadis tersebut dan secara tidak langsung menjadi kufur secara tidak sedar. Jadi, adakah perbuatan saya meneruskan untuk menonton filem tersebut hingga selesai boleh membuatkan saya termasuk dalam golongan tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Secara asasnya, hiburan adalah diharuskan selagi mana hiburan tersebut tidak melanggar syariat. Manakala, hukum menonton sesebuah filem yang ada unsur kepercayaan tertentu adalah makruh jika sekadar untuk berhibur dan tidak mempercayai kepercayaan tersebut.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, tidak menjadi satu kesalahan menonton filem yang terdapat unsur syirik dan khurafat selagi tidak membenarkan dan mempercayai perkara tersebut. Ianya juga tidak termasuk dalam hadis yang disebutkan. Amat sukar untuk menghukum seseorang sebagai kufur dengan hanya sekadar menonton filem

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 130

message user image