BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya ada soalan berkenaan isu murtad. Kawan saya, seorang lelaki muallaf telahpun berkahwin dgn seorang wanita Islam secara paksa dan tidak dikurniakan anak.

Sewaktu dalam tempoh perkahwinan, si suami langsung tidak memgamalkan ajaran Islam bahkan terus menerus ke kuil utk sembahyang dan meyembah berhala. Perkara ini diketahui oleh isterinya dan kadangkala isterinya juga pernah menghantar suaminya ke kuil utk sembahyang.

Soalan:

1) apakah suami tersebut dikira murtad? 

2) bagaimana dengan status perkahwinan mereka? Adakah terbatal dan bagaimana untuk membuat laporan mengenainya?

3) adakah suami akan dikenakan tindakan undang² sekiranya didapati murtad?

4) bagaimana pula jika suami telah bertaubat dan baru belajar mendalami Islam? Sekiranya status perkahwinan mereka terbatal, adakah mereka perlu bernikah semula atau hanya perlu bertaubat? 

Terima kasih. Jazakallah khair. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari :

1. Menjawab soalan 1 dan 2 : Sekiranya suami tersebut masih lagi sembahyang mengikut cara agama beliau yang dahulu, maka dalam kes sebegini, si isteri perlulah merujuk kepada pihak Mahkamah Syariah terlebih dahulu untuk disahkan status keislaman suami tersebut sebelum mahkamah dapat menentukan hukuman ataupun keputusan yang sesuai berkenaan perkahwinannya.

2. Berkaitan persoalan tindakan undang-undang sekiranya didapati sesorang Islam itu murtad, maka jika diteliti, sememangnya tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai murtad termasuk hukumannnya.

3. Berkaitan soalan 4, ia berkait rapat dengan jawapan 1 dan 2 yakni perlu mendapatkan keputusan mahkamah syariah berkaitan penentuan status agama suami tersebut. Adapun sekiranya suami itu bertaubat dengan taubat yang nasuha, ini adalah tindakan yang terbaik dan sangat dituntut dalam Islam.

والله أعلم بالصواب 

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image