Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin tujukan soalan berkenaan dengan perubatan kampung. Ibu saya pergi perubatan kampung dan perubatan itu harus dilakukan sebanyak 3 kali dan ada penutup berubat. Ibu saya sempat berubat sebanyak 2 kali sahaja dan tanpa penutup berubat. Apabila kami bertanyakan kepada pengamal perubatan itu apa yang perlu kami bawa untuk penutup berubat, dia jawab perlu bawa pulut kuning dan seekor ayam. Ayam itu boleh di masak apa2 sahaja dan ayam itu hendaklah ayam yang berbulu kuning dari kepala sampai kaki. Pertanyaan nya, adakah ini menyalah akidah dan syirik ustaz? dan apa perlu kami lakukan?
Jawapan
Kaedah rawatan yang diterangkan tidak dapat dipastikan adakah ia bertepatan dengan syarak atau tidak. Namun, cara sebegini iaitu penggunaan pulut kuning dan seekor ayam ini sangatlah diragui dan dikhuatiri termasuk dalam perbuatan syirik yang menyalahi akidah Dinasihati supaya mendapatkan ikhtiar rawatan di pusat rawatan Islam yang masyhur dan diyakini patuh syariah.
Sekian, terima kasih.