Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. Benarkah wujud sihir mengenai tangkal kuda laut? saya pernah diberitahu mengenai jika seorg suami memiliki tangkal kuda laut, ada beberapa kelebihan yang mereka akan dapat, antaranya kekuatan tenaga batin lelaki dan menundukkan isteri atau membuatkan isterinya menurut segala arahan.
2. benarkah perkara diatas ini? dan jika benar, bagaimana nak putuskan.
3. ada juga seekor digantung di rumah. bolehkah tangkal tersebut dibuangkan begitu sahaja?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan:
1. Sihir mahupun tangkal secara umum sememangnya wujud, begitu juga tangkal kuda laut. Beramal atau menggunakan sihir atau tangkal adalah haram dan boleh membawa kepada mensyirikkkan Allah SWT.
Di dalam sebuah hadis daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
Bermaksud: Sesungguhnya jampi mantera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
2. Sepanjang pengetahuan kami, tangkal kuda laut digunakan untuk kekuatan kelakian sama ada secara lahir mahupun batin. Sebaiknya rujuk kepada mereka yang mahir mengenai perkara ini berdasarkan ilmu yang benar berdasarkan al-Quran dan sunah untuk memutuskan sihir atau tangkal tersebut.
3. Sebaiknya dilakukan oleh mereka yang pakar mengenai perkara ini.
Sekian, terima kasih.