BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada satu soalan berkaitan akidah. Saya bekerja dalam industri makanan dan minuman sebagai krew restoran. Namun, cawangan tempat kerja saya meraikan hari Krismas kerana bos saya bukan beragama Islam. Dia meminta kami memakai pakaian yang mempunyai unsur sambutan hari Krismas. Adakah saya boleh menurut kehendaknya? Saya bimbang perkara ini boleh menjejaskan akidah saya sebagai seorang Muslim. Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan, sebagai seorang Islam, kita adalah dilarang untuk memakai pakaian yang ada kaitan dengan sesuatu agama. Sudah jelas sambutan krismas adalah perayaan bagi agama kristian. Memakai pakaian krismas seolah-olah mengiktiraf agama dan kepercayaan mereka. Ini berbeza dengan pakaian adat suatu bangsa. Pakaian krismas bukanlah pakaian adat suatu bangsa. Sebagai seorang Muslim, boleh berbincang secara baik dengan majikan supaya pekerja Islam diberikan pengecualian. Fahamkan majikan tentang sensitiviti agama kita.

Walau bagaimanapun jika dipaksa dan keengganan mengikut arahan yang diberikan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, sedangkan sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain, maka saudari boleh memilih untuk memakai pakaian tersebut dengan rasa tidak rela serta tidak menyukai perbuatan tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 78

message user image