Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya tengah bermainan permainan video eafc.Seketika itu saya tak pasti bahawa saya sebut perkara ini dari lidah atau hanya sebut dalam hati.Perkara tersebut ialah"jika aku tidak membeli player ini,aku keluar Islam.".Saya membeli player tersebut semata-mata untuk tidak keluar Islam.Adakah saya bersalah?Adakah saya murtad?
Jawapan
Dalam persoalan yang puan utarakan, sekiranya bercakap seorang diri itu adalah sesuatu yang di luar kawalan saudari dan ia semacam penyakit yang selalu menganggu puan, maka mana-mana perkataan yang mungkin boleh menyebab membatalkan iman tidaklah berlaku, selagimana ia tidak mempengaruhi iman seseorang secara zahir seperti dengan sengaja melafazkan perkataan mengaku kufur atau menyembah selain Allah secara zahir dan sebagainya. Ia sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku apa yang diwaswaskan dengannya di dalam hatinya selagimana dia tidak melakukan atau mengatakan (apa yang diwaswaskan). (Riwayat al-Bukhari)
Dan perkataan "aku nak keluar Islam" pun bukanlah perkataan yang jelas untuk keluar Islam, ia hanyalah bersifat cadangan sahaja, maka puan tidak perlu risau, perkataan tersebut tidaklah menyebabkan terbatalnya iman sesorang muslim dan juga tidak menyebabkan perkahwinan puan menjadi tidak sah.
Tindakan puan untuk segera bertaubat, beristighfar, sentiasa melazimi zikir serta segera melafazkan dua kalimah syahadah adalah tindakan yang betul dan tepat. Semoga tindakan seumpama ini sentiasa dilaksanakan agar hati kita sentiasa ingat kepada Allah dan dijauhkan dari bisikan-bisikan syaitan yang boleh memesongkan iman dan amalan kita.
Seandainya lintasan seperti ini berlaku pada masa hadapan, abaikan dan banyakkan beristighfar.
Sekian, terima kasih.