BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya mempunyai sahabat yg mempunyai Jin Islam bersamanya.. Dan adakah boleh dia membenarkn Jin Islam tersebut merasuki dirinya dan membacakan ruqyah pada pesakit.? Saya adalah pesakit , sahabat saya merawat saya tapi sedang dia merawat kedengaran bunyi harimau keluar dr audionya... Dan ambil seketika utk dia memulakan bacaan Al quran ke atas saya.. Adakah ini rukyah syirikiyyah (syirik ) atau di Bolehkn


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menggunakan jin dalam perubatan ruqyah adalah kaedah perubatan yang tidak mematuhi syariat. Walaupun jin itu dipercayai Islam, perubatan menggunakan jin sebagai perantara tetaplah salah dan tidak dikira sebagai perubatan Islam. Hal Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Jin ayat 6:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 70

message user image