Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya ada soalan berkaitan akidah dan feqah.
1) Sewaktu akhir-akhir saya mandi wajib, tiba-tiba dalam hati cakap "sahaja aku beriman kepada selain Allah" lepastu saya terus nafikan,sambil geleng kepala dan cuba untuk henti fikir pasal benda tersebut sambil cakap beriman kepada Allah. Saya tak rasa itu lintasan hati tetapi yang saya pasti saya memang tak niat nak beriman kepada benda-benda selain Allah. Adakah mandi wajib saya tidak sah? dan adakah saya dikira murtad?
2) Jikalau saya baru tahu bahawa mandi wajib saya sebelum ini tidak sah, dan saya dah pegang pelbagai jenis barang dalam keidupan seharian, pakai pelbagai pakaian, adakah semua benda itu dikira bernajis?
Jawapan
Setelah meneliti situasi yang diterangkan, yang terlintas di hati itu adalah sekadar lintasan fikiran sahaja. Oleh itu, bagi menjawab soalan yang diajukan:
Mandi wajib masih sah dan Tuan tidak murtad dan masih lagi seorang Islam. Ini kerana tuan bukan sengaja berfikiran begitu. Walaupun begitu, melihat kepada situasi ini, dinasihatkan untuk dapatkan nasihat dan rawatan pakar dikhuatiri mengalami gangguan emosi atau fikiran.
Sekian, terima kasih.