BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Salam saya nak tanya. Apakah hukum tengok animasi, dimana animasi tu ada memaparkan karakter dewa yang berdasarkan kepercayaan agama lain, di dalam kes ini, ia adalah manusia separuh musang, yang berdasarkan kepercayaan orang jepun. Dan animasi tu tunjuk adegan dewasa yang karakter tu buat. Dan orang yang menonton tu tengok cerita ni memang sebab dia nak tengok adegan macam tu. Jelas hukum tengok cerita ada unsur dewasa adalah haram, tapi adakah boleh sampai jatuh murtad dalam hal ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan.

Menonton apa-apa filem yang berunsurkan adegan dewasa adalah haram dan berdosa, tetapi tidak sampai membawa kepada murtad. Begitu juga melihat filem yang ada unsur kepercayaan atau agama tertentu, ia tidak menyebabkan orang yang menontonnya menjadi murtad. Tetapi, jika seseorang itu menonton dengan niat untuk menerima atau mengagungkan kepercayaan tersebut, maka itu boleh membawa kepada perkara yang membatalkan akidah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 50

message user image