Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum w.b.t .
Saya ingin bertanya, jika seseorang itu terkentut sebelum tawaf dan pada masa itu dia sudah berada di masjidil haram untuk menunaikan Ibadah umrah dan dia juga telah melakukan tawaf. Adakah dia dikenakan dam? Bagaimana cara dia ingin membayar dam? Saya mohon pencerahan. Sekian terima kasih.
Jawapan
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan, antara syarat sah tawaf hendaklah mempunyai wuduk. Oleh itu, tawaf tuan adalah tidak sah dan perlu diulang semula tawaf umrah tersebut.
Sekian, terima kasih.