BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamulaikum..saya ingin bertanya tentang Haid. Saya mengalami penyakit cyst pada rahim dan saya dinasihati oleh Doktor untuk mengambil ubat selama 2 atau 3 tahun lagi. Ubat ini menyebabkan saya tidak datang haid. Ubat ini saya telah ambil sejak 2021.Tetapi ada masa dan ketika sejenis darah berwarna cokelat telah keluar selama 2 hari sahaja dan selepas itu keputihan biasa akan keluar.

saya ingin bertanya dalam masa 2 hari itu adakah saya boleh solat seperti biasa atau dikira haid. Ubat itu saya perlu ambil bagi mencegah penyakit itu berulang kembali.

Sekian soalan saya terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar. Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, didapati bahawa warna kecoklatan tersebut merupakan warna haid. Maka, selama tempoh ia keluar seseorang wanita itu tidak perlu menunaikan solat. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 37

message user image