BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum menjual game permainan seperti video game dan sebagainya secara online?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, penjelasannya adalah seperti berikut: 1. Status jual beli barangan secara atas talian / . Status jual beli ini menjadi sah dengan cukupnya empat rukun Bai al –Salam; i. العاقدان : Pihak yang membuat urusan jual beli tersebut, iaitu penjual dan pembeli. ii. الصيغة : Iaitu ijab dan Kabul di antara kedua-dua pihak yang menunjukkan redha. iii. رأس المال. Modal atau harga. Ia adalah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. iv. المسلم فيه : Barang / Aplikasi yang dibeli. Iaitu pihak pembeli dan penjual mengetahui berkaitan jenis barang yang dibeli secara khusus untuk tidak berlakunya penipuan. Sabda Rasulullah SAW : المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا, او أحل حراما Maksudnya : “Seorang muslim wajib menunaikan persyaratan yang telah disepakati kecuali persyaratan yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (HR. At-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image