Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz saya nak tanya
Seperti yang saya tahu katanya kalau seseorang individu itu beronani pada umur 9 tahun dikira sudah akil baligh. Pada umur 9 tahun saya ada tinggal puasa dan solat. Saya lahir pada bulan 10.
Persoalannya:
1.Adakah saya perlu qadha puasa dan solat pada awal tahun atau bermula bulan 10 sewaktu berumur 9 tahun kerana umur saya genap pada bulan 10
2. Saya dikira akil baligh pada awal tahun kah sewaktu berumur 9 tahun atau saya dikira akil baligh pada bulan 10 kerana cukup umur/genap bulan 10. Ini kerana saya lahir bulan 10.
3. Dosa saya dihitung pada mulanya umur 9 tahun kerana sudah akil baligh pada bulan 10 (umur genap) atau awal bulan ( bulan 1).
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya, terdapat tanda-tanda bagi seseorang itu telah sampai akil baligh ke atas dirinya. Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dalam kitabnya Safinah al-Naja menyatakan bahawa tanda-tanda baligh ada tiga iaitu:
Justeru, bagi seseorang lelaki yang telah keluar air mani walau dengan cara beronani dikira telah sampai baligh sekiranya umurnya telah sampai 9 tahun qamariah iaitu mengikut kalendar Hijrah, bukan kalendar Masihi. Oleh itu, perlu dikira umur tuan melalui kiraan tahun hijri untuk kepastian bahawa umur tuan telah sampai secara pasti 9 tahun tepat. Berbalik soalan yang diajukan, maka kesemua soalan ini bergantung kepada umur tuan ketika keluar air mani iaitu setelah mencukupi 9 tahun qamariah.
1. Puasa yang perlu diqada semula ketika ia ditinggalkan bermulanya pada umur tuan 9 tahun qamariah.
2. Tuan telah sampai akil baligh selepas sempurna umur tuan 9 tahun qamariah.
3. Dosa yang ditanggung oleh tuan juga bermula pada umur tuan 9 tahun qamariah.
Hal ini kerana ulama menentukan minima masa atau umur keluarnya mani seseorang itu secara matang yang dikira sebagai baligh ialah 9 tahun. Nukilan dari Imam al-Nawawi bahawa:
Maksudnya: Keluar air mani ketika sampai waktunya iaitu sempurna umurnya Sembilan tahun.
Sekian, terima kasih.