BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik.

Saya ada pertanyaan seperti di bawah.

Ayah saya sudah meninggal dunia tahun 2019,pada tahun ni 2025 allahyarham bapa saya menerima bantuan wang sebanyak rm900 di bawah ekasih kerajaan negeri Sabah.

Soalan saya.Bagaimana saya hendak agihan wang rm900 itu kepada adik beradik saya seramai 11 orang (6 perempuan dan 5 lelaki)termasuk saya.Mak saya masih ada lagi.

Kedua,perlukah saya utamakan bayaran fidyah ayah saya terlebih dahulu jika ada,baru dibolehkan agihan wang tersebut?

Sekian.Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sumbangan bantuan berbentuk wang yang diberikan kepada arwah bapa puan dikategorikan sebagai ganjaran terbitan dan termasuk dalam harta pusaka si mati. Maka, hukumnya tidak perlu diagihkan mengikut hukum faraid kepada setiap ahli keluarga. Namun, adalah lebih baik berbincang di antara adik beradik dan ibu berkaitan kaedah penggunaan wang tersebut, contohnya diberikan kepada adik beradik yang kurang berkemampuan atau diberikan kepada ibu. Adapun berkaitan dengan bayaran fidyah bagi arwah bapa maka perlu didahulukan dahulu dengan menggunakan ganjaran tersebut kerana hutang si mati dengan Allah adalah lebih utama dilangsaikan sebelum digunakan bagi urusan peribadi keluarga si mati.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image