Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya telah bersara Di usia 60 , di tahun 2023.
Perlu kah berzakat wang kwsp yg masih berbaki , Di dalam akaun kwsp ?
Saya tiada sumber pendapatan lagi.
Sedang Kan wang berbaki itu lah sumber kewangan.
Saya keluar kan sedikit secara bulanan.
T kasih .
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Zakat ke atas wang dalam KWSP bergantung kepada status pemilikan dan penggunaannya. Secara umumnya, wang yang masih berada dalam akaun KWSP sebelum dikeluarkan tidak wajib dikenakan zakat kerana ia belum menjadi milik penuh pencarum. Namun, apabila wang tersebut dikeluarkan, ia perlu dinilai sama ada mencapai nisab (bersamaan nilai 85 gram emas) dan cukup haul (genap setahun dalam simpanan) untuk menentukan kewajipan zakat sebanyak 2.5%. Sekiranya wang yang telah dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan harian dan tidak mencapai nisab, maka tidak wajib zakat. Namun, jika ada lebihan simpanan yang kekal dalam akaun anda selama setahun dan jumlahnya mencapai atau melebihi nisab, maka zakat sebanyak 2.5% wajib dikeluarkan ke atas baki simpanan tersebut.
Sekian, terima kasih