BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ketika puasa saya terasa ad darah pada air liur saya sudh meludah dgn bayk kali dan pasti kan tiada darah tetapi masih ad rasa adakah batal jika telan airliur yang tidak pasti ada darah tersebut sebb saya telah check dan pastikan tiada darah, hanya ada rasa dan tidak pasti itu rasa darah atau tidak


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, sekiranya saudari telah sempurna membersihkan mulut tetapi masih terdapat rasa darah pada air liur maka perkara tersebut tidak membatalkan puasa. Jika timbul perasaan was-was terdapat darah pada air liur atau tidak, saudari perlulah menghilangkan perasaan was-was tersebut kerana was-was itu juga merupakan bisikan syaitan yang mahu manusia lalai.  Islam adalah agama yang terbaik dan tidak membebankan umatnya dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap amal ibadah yang dilakukan adalah mengikut kadar kemampuan yang kita miliki. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image