BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, 

Saya ingin bertanya tentang permasalahan fidyah. Kesnya, seseorang meninggalkan puasa selama 40 tahun kerana pekerjaan yang berat sebagai buruh kontraktor. Apabila dia sudah pencen, dia telah kembali bertaubat dan mula berpuasa. Umur dia sekarang sudah tua dalam 65 tahun dan sudah lama tidak bekerja. Beliau tidak mempunyai simpanan yang banyak. 

Soalan saya , bagaimana untuk mengira dan membayar hutang fidyah puasa selama 40 tahun. Apakah cara lain untuk membayar fidyah jika wang simpanan masih tidak cukup untuk membayar hutang fidyah. 

Harap pihak tuan dapat memberi jawapan secepat mungkin. 

Terima kasih, 

Wasalam. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan dan kenyataan tuan, tuan berumur 24 tahun pada tahun 1984 iaitu anggaran tahun tuan tidak berpuasa sepanjang tuan bekerja sebagai buruk kontraktor. Jadi, puasa ramadhan tetap wajib diganti (qada’) mengikut jumlah hari dan tahun yang ditinggalkan. Manakala bayaran fidyah, Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor Bil. 1/2001 telah memutuskan terdapat dua kaedah bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan sebagaimana pautan berikut: 

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah/ 

Oleh itu, tuan boleh membuat bayaran dengan pilihan tersebut di kaunter Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau membuat bayaran secara dalam talian di laman sesawang LZS pada pautan berikut:

https://fpx.zakatselangor.com.my/ 

Berikut merupakan contoh kaedah kiraan fidyah secara berganda dan tidak berganda:

1) Kaedah bayaran fidyah dengan gandaan

Jumlah bayaran RM51,660 berdasarkan kalkulator LZS

2) Kaedah bayaran fidyah tanpa gandaan

RM2.00 (harga mengikut jenis beras yang dimakan) x 1200 (jumlah bilangan hari puasa yang ditinggalkan = RM2,400.00

Jika tuan tidak mampu mengikut kaedah bayaran fidyah dengan gandaan, boleh membayar menggunakan keadah bayaran fidyah tanpa gadaan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image