BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam.

Saya ingin bertanya tentang permasalahan wanita. 

Saya musykil untuk berpuasa atau tidak berpuasa pada bulan ramadan ini kerana saya telah keliru sama ada datang bulan atau tidak. Saya sepatutnya datang bulan pada tarikh 3/3/2025. Namun setelah 4/3/2025 masih belum datang bulan lagi. Kemudian faraj saya mengeluarkn cecair berwarna merah sedikit namun telah terhenti di mana saya tidak perlu memakai pad pun tidak akan terkena pada seluar dalam. Masalahnya ianya pertama kali berlaku pada saya di mana ianya berlaku pada bulan ramadan di mana saya wajib berpuasa dan solat. Saya tidak pasti sama ada perlu berpuasa dan solat seperti biasa atau tinggalkan terus puasa dan solat. Diharap persoalan saya ini dibalas memandangkan saya tidak pasti tindakan yang perlu diambil iaitu teruskan puasa & solat seperti biasa atau tidak. Saya risau sekiranya meninggalkan puasa juga haram hukumnya. Apa pendekatan terbaik yang perlu saya ambil dalam hal ini? Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya dengan menjawab soalan ini. 

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Setelah diteliti butiran yang diberikan oleh puan melalui perbualan telefon pada 19 Mac 2025, didapati Puan telah keluar darah berwarna merah selama 4 hari dan darah berwarna coklat selama 3 hari. Tempoh keseluruhan keduanya berjumlah 7 hari. Namun persoalannya adakah 7 hari tersebut dikira haid memandangkan warna dan kuantiti darah yang keluar tidak seperti bulan-bulan lepas.

Dalam permasalahan ini, 7 hari tersebut dikira darah haid. Kerana telah menepati beberapa ciri berikut:

  1. Cukup tempoh 15 hari suci
  2. Telah melepasi tempoh sekurang-kurang keluar darah iaitu 24 jam (sehari semalam)

Maka, darah yang keluar pada 4 Mac 2025 sehingga 10 Mac 2025 iaitu selama 7 hari adalah darah haid. Oleh itu, tidak perlu ganti solat sekiranya meninggalkan solat dalam tempoh itu, dan wajib qadha' puasa selama 7 hari itu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image