BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apa hukum kalau saya termasukkan jari di dalam faraj ketika berpuasa? Saya tak sengaja dan bertujuan untuk bersihkan sahaja. 

 

Dan batas faraj tu tahap mana je perlu dibersihkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Kemaluan depan dan belakang (qubul dan dubur) merupakan antara rongga yang terbuka. Had yang membatalkan puasa ialah had batin.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya Puan memasukkan jari melepasi had batin faraj secara sengaja, hukum puasanya adalah batal. Namun jika perbuatan memasukkan jari itu pada had zahir faraj sahaja, ia tidak membatalkan puasa.  

Manakala kaedah membersihkan faraj adalah dengan duduk mencangkung dan apa yang terzahir daripada anggota badan itu semua dikira had zahir yang wajib dibasuh. Tidak perlu membasuh di bahagian yang tersembunyi hingga perlu  memasukkan jari ke dalam rongga kerana ia akan membatalkan puasa. Sekiranya ingin membersihkan bahagian had batin faraj sebaiknya dilakukan ketika bukan bulan puasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image