BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sy nak tanya sy mempunyai fabroid , 3,4 bulan kebelakang ini haid saya melebihi 15 hari.

Sya peroid sudah10hari dan berenti pada hari ke 11 dan 12 pada hari ke 13 keluar coklat2  dlm kuantiti  sgt sedikit(segaris),hari 14 x keluar,hari ke 15-17 keluar sedikit(sebesar duit 5sen)  sehinggalah hari ke 20 masih keluar.

Adakah saya boleh solat dan puasa seperti biasa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar. Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, didapati bahawa darah keluar pada hari ke-11 hingga ke 15 masih dalam tempoh haid. Maka, pada hari tersebut tidak boleh berpuasa dan solat. Manakala, pada hari ke-16 hingga ke-20 dikategorikan sebagai istihadah. Justeru, perlulah melaksanakan mandi wajib dan bolehlah menunaikan solat serta puasa.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image