BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, semasa saya sertu hari tu, air percikan yang saya sertu cthnya basuhan ketiga terpercik dekat tiang rumah yang ada sarang anai²...

Soalannya, adakah sah saya sertu tiang yang ada sarang anai²?sebab jika sarang anai² itu najis mutawassitah adakah xsah sertu itu kcuali dihilangkan sarang anai² tersebut?please jawab tuan yang dikasihi...

Soalan ke 2, adakah sah sertu jika basuhan yang pertama daripada air tanah ialah pada hari ini, basuhan ke 2 hingga ke 7 adalah pada bulan depan? Ataupun basuhan yang ke 1 hingga ke 3 pada hari ini, manakala basuhan ke 4,5,6 dan 7 pada bulan depan? Sah x tuan?

Soalan yang ke 3, adakah lantai simen ditempat kerja yang ada bekas tapak kaki anjing (daripada lumpur)perlu disertu, jika tidak disertu adakah menjadi najis seandainya diletakkan bekas makanan yang basah, berjalan berkaki ayam dan sebagainya. 

Soalan ke 4, jika ada orang yang memegang lantai itu, adakah tangan dia menjadi najis berat? Dan terjadilah perpindahan najis berat jika beliau memegang tombol pintu, memasak makanan, memegang paip menyentuh badan saya dan sebagainya, adakah kene sertu semua tu?

Please jawab tuan, sy terpaksa samak setiap hari kerana kekurangan ilmu pengetahuan,  hehehe

*Tempat keje sy ni nak kata tiap² hari ade anjing pon xpasti, cuma kadang² ade lah bekas tapak kaki tu

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Perlu difahami bahawa sarang anai-anai bukan najis dan hanya merupakan kotoran biasa. Perlu difahami juga bahawa sertu bermaksud proses penyucian sesuatu daripada najis mughallazah (najis berat) iaitu najis yang datang daripada anjing dan babi serta segala yang berkaitan dengan kedua-duanya seperti air liur, daging atau kulit sebelum disamak. Melihat kepada situasi tersebut, tiada sebab untuk melakukan sertu kerana tiada kewujudan najis yang diwajibkan sertu. Adapun percikan air daripada basuhan yang telah dilakukan itu adalah suci dan tidak menjejaskan kawasan rumah.

2. Sertu tidak diwajibkan untuk berturut-turut. Namun, adalah lebih baik diselesaikan dalam masa yang sama dan sebaiknya ia disegerakan (tidak menangguh untuk sertu) agar dapat menjamin kesucian tempat tersebut. 

3. Jika kesan tapak kaki anjing tersebut hanyalah lumpur biasa maka ia tidak wajib disertu kerana lumpur bukan najis. Namun, jika dapat dipastikan bahawa tapak kaki anjing tersebut benar-benar ada padanya najis mughallazah yang melekat ketika simen masih basah (seperti ain najis, air liur anjing atau kotoran lainnya), kawasan simen yang berkaitan perlu dibasuh mengikut kaedah penyucian najis mughallazah (7 kali basuhan, termasuk sekali dengan air bercampur tanah).

Adapun jika simen sudah keras dan kesan tapak kaki tersebut sekadar bentuk tanpa ada kesan najis yang masih wujud, maka ia tidak perlu disertu kerana ia bukan najis yang berpindah. Oleh itu, tiada masalah sama ada meletakkan bekas makanan atau berjalan kaki ayam di atas kawasan simen tersebut.

4. Mohon rujuk perkara 3 dan jawapannya adalah berdasarkan perkara yang dapat dipastikan di perkara 3. Disarankan untuk memperbanyak bahan bacaan mengenai ilmu asas penyucian najis agar dapat membantu memahami konsep yang berkaitan dengannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image