BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mempunyai haid yang tidak teratur. Pada 22 Feb- 3 March saya haid tapi haid yang sedikit sahaja tapi consistent setiap hari. Saya dah mula berpuasa semula pada 4 March. Tapi pada 11 March keluar semula darah haid yang normal flow seperti biasa. Adakah darah ini darah istihadah dan saya wajib solat/ berpuasa ataupun tidak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sebanyak-banyak haid adalah 15 hari 15 malam dan sekurang-kurang haid adalah sehari semalam atau 24 jam. Manakala tempoh minimum suci adalah 15 hari 15 malam. Jika berlaku keadaan darah keluar berterusan melebihi tempoh maksimum haid berkemungkinan ia merupakan darah bercampur antara darah haid dan darah istihadah. Jadi, untuk menentukan sama ada ia darah haid atau istihadah hendaklah ditentukan dengan perkara berikut:

  1. Kaedah tamyiz (membezakan) jenis darah dengan menentukan darah yang kuat dan lemah melalui perbezaan warna darah tersebut. Darah kuat dianggap sebagai darah haid sebaliknya darah lemah adalah darah istihadah. Sebagai contoh: pada 22/2 hingga 3/3 darah yang keluar tersebut adalah lemah seperti keruh atau coklat, maka ia dianggap sebagai darah istihadhah serta dianggap suci. Manakala darah yang keluar pada 11/3 jika warnanya lebih kuat seperti hitam maka ia merupakan darah haid. Sekiranya Puan tidak mampu membezakan berdasarkan jenis darah, boleh gunakan kaedah seterusnya;
  2. Kaedah adat. Kaedah ini adalah dengan melihat adat kebiasaan tempoh haid puan pada bulan sebelumnya. Sebagai contoh, tempoh kebiasaan haid adalah 10 hari, maka pada 22/2 hingga 3/3 adalah dianggap sebagai haid, manakala selebihnya hari berikut adalah suci sehingga tempoh minimum suci iaitu 15 hari 15 malam. Oleh itu darah yang keluar pada 11/3 itu dianggap istihadah dan suci, serta wajib untuk melaksanakan ibadah solat dan puasa seperti biasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image