BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya ada sedikit kemusykilan. Saya baru selesai minum air ketika sahur dan berniat untuk minum lagi seteguk, kemudian azan berkumandang. Saya tidak meneruskan minum air tetapi melihat jam dan menyemak waktu subuh (sedikit kekesalan kerana tidak menyemak terlebih awal). Azan di tempat saya lewat seminit dari waktu subuh yang dijadualkan. Adakah saya perlu qada puasa saya pada hari tersebut ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puasa puan menjadi batal kerana boleh jadi semasa puan selesai minum (sebaik sahaja sebelum azan berkumandang), waktu subuh telahpun masuk (dalam masa seminit tersebut). Oleh itu, puasa pada hari tersebut tidak sah dan perlu diqada’. Sebaiknya puan mula imsak (menahan diri daripada makan, minum atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa) pada ketetapan waktu imsak negeri yang telah dijadualkan agar perkara seperti ini tidak berulang.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 32

message user image