BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam Ustaz/Ustazah,

Kebiasaan saya turun haid sekitar 7-8hari, tetapi kali ini, buat pertama kalinya; darah haid saya masih belum berhenti walaupun sudah masuk hari ke 11, ( hari pertama haid: 6/3/25;7.15ptg) warna darah ketika ini (16/3/25;6.40pg) adalah coklat kehitaman, masih berbau seperti darah haid, dengan jumlah yg sangat sedikit (perlu periksa dengan cotton bud). Adakah darah yang keluar selepas hari ke 8 itu di kira sebagai istihadah? Kerana terlepas dari kebiasaan haid saya (7-8hari).Mohon penjelasan dan didahului dengan ucapan terima kasih. 


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Darah yang cukup sehari semalam dan tidak melebihi 15 hari 15 malam , ia keluar dalam waktu yang boleh didatangi haid (Imkan al-haid) kesemuanya adalah haid walaupun sifatnya berbeza dan menyalahi adat sebelumnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 39

message user image