BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti. Saya ingin bertanyakan soalan tentang status suci dan cara bersuci dalam 2 situasi ini. 

1. Terdapat tahi cicak dalam jumlah yang banyak & kerap dilantai atau di dinding rumah.

2. Jika seseorang memasuki beranda rumah (bahagian yang perlu ditanggalkan kasut) dengan memakai kasut dan meninggalkan kesan pasir/tanah dikawasan mereka pijak. 

Apakah status suci bagi kawasan itu? Bagaimana cara menyucikannya? Cukupkah sekadar menyapu atau saya perlu mengemop atau perlu dilalukan air? 

Jika sekadar menyapu adakah saya perlu cuci penyapu dengan air setelah itu?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Najis yang kering tidak menyebabkan sifat najis tersebut berpindah dan tidak menyebabkan sesuatu yang terkena najis itu tadi menjadi bernajis. Jika penyapu yang digunakan semasa membuang tahi cicak berada dalam keadaan kering, maka memadai dengan sekadar menyapu (membuang najis) tanpa menyucikan kawasan tersebut. Namun, jika penyapu atau mop yang digunakan berada dalam keadaan basah, maka perlu dicucikan dan dialirkan alir pada kawasan tersebut dan juga penyapu atau mop yang digunakan.

  2. Status kawasan tersebut hanyalah dianggap sebagai kotor tetapi masih suci selagi tidak kelihatan dengan jelas terdapat najis. Memadai dengan hanya menyapu pasir atau tanah di kawasan beranda tersebut. Jika terdapat kesan-kesan najis, maka perlu disucikan dan dialirkan air padanya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image