BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan    Tanya utk zakat pencen. Sy sudah pencen dan perolehi    RM3,000 setiap bulan. Saya  hanya gunakan RM1000 sahaja utk perbelanjaan  bulanan dan   selebihnya RM2,000 dimasukkan dlm tabung haji. . Adakah masih dikenakan zakat pendapatan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, duit pencen yang tuan perolehi setiap bulan itu dikategorikan sebagai hasil pendapatan dan diwajibkan zakat atas dasar zakat pendapatan (mal al-Mustafad). Justeru, tuan perlu mengeluarkan zakat pendapat hasil pencen tersebut sekiranya cukup nisab dan haul yang telah ditetapkan. Zakat pendapatan akan dikira dari jumlah asal keseluruhan pencen yang tuan perolehi dan ditolak dengan had kifayah yang dibenarkan. Sekiranya baki pendapatan tersebut melebihi kadar nisab maka wajib dikenakan zakat dengan kadar 2.5%. Justeru, tuan sebaiknya merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti  lembaga zakat negeri yang tuan menetap agar tuan dapat memastikan jumlah pendapatan yang tuan perolehi akan dikenakan zakat ataupun tidak. Berikut adalah pautan yang tuan boleh akses: zakat pendapatan

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image