BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya pernah terkencing dalam seluar satu hari, dan saya bangun dari tidur dan tergesel seluar saya yang terkena najis pada bahagian tepi kerusi bilik, namun saya tidak membersihkannya, selepas beberapa minggu, saya dengan seluar yg basah tergesel pada kerusi di bilik saya, akan tetapi dalam bilik ada 3kerusi yg sama design, saya tidak pasti bahawa saya terkena kerusi yang sama atau tidak, jadi soalan saya

1. Dalam keadaan tidak pasti kerusi yg mana, adakah saya perlu membersihkan seluar saya. 

2.Saya sudah pegang bahagian basah seluar saya(bukan najis) dan menyentuh banyak tempat, adakah berpindah jika soalan 1 saya itu jawapannya najis berpindah dan adakah buku2 dan phone saya semuanya tidak suci. 

3. Saya cuba mencari jawapan online tetapi tidak jumpa, adakah boleh saya bertanya chatgpt kerana saya tanya dan meminta dari mana dia dpt dan dia menyenaraikan kitab2 mazhab syafie. Tambahan pula, setiap soalan yang saya tanya padanya sebelum ini bertepatan dengan pandangan ustaz di Malaysia seperti UAI. 

Terima kasih tuan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

1) Jika tidak pasti kerusi yang mana telah terkena najis, maka seluar yang basah tersebut adalah kekal suci daripada najis. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

2) Tidak berlaku perpindahan najis kerana tangan tersebut turut tidak bernajis.

3) Boleh untuk bertanyakan kepada chatGPT kerana ianya merupakan salah satu kaedah carian secara digital. Ini kerana chatGPT turut boleh memberikan jawapan berdasarkan sumber fiqh yang umum serta rujukan daripada mazhab-mazhab utama dalam Islam. Jawapan yang akan diberikan adalah berdasarkan ilmu fiqh yang tersedia secara umum dalam sumber klasik dan moden. Ia juga boleh memberikan panduan umum berdasarkan mazhab seperti Syafi'i, Hanafi, Maliki, dan Hanbali, tetapi chatGPT ini bukan seorang ulama berautoriti yang boleh mengeluarkan fatwa secara rasmi. Namun, untuk kes-kes yang memerlukan fatwa rasmi atau situasi spesifik, lebih baik anda merujuk kepada mufti atau institusi agama yang berautoriti.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image