BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, WBT. 

Saya ingin bertanya, bilangan normal hari haid saya adalah 8 hari. Kadang-kadang, 9 hari. Tapi bulan ini saya datang haid sehingga 14 hari. 

1) Soalan pertama, bilakah saya boleh solat dan puasa ? hari ke 15 atau hari ke 16 ? 

2) Soalan no. dua, saya perlu mandi wajib hari ke 14 atau hari ke 15  (jam 12.00 pagi) ? 

Mohon percerahan Tuan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar seperti  kehitaman, merah, kuning atau warna keruh dan berbau.

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1) Sekiranya darah berhenti pada hari ke-14, maka perlu mandi wajib pada hari berhentinya darah. Namun sekiranya darah masih tidak berhenti pada hari ke-15, maka perlu mandi wajib bermula hari ke-16. Kemudian bolehlah melaksanakan solat dan berpuasa.

2) Pihak puan perlu mengenal pasti bila darah benar- benar berhenti menerusi tanda-tanda suci daripada haid iaitu kering daripada darah atau keluar cairan putih jernih. Kaedah mengenal pasti tanda suci daripada haid dengan cara memasukkan kapas ke dalam faraj (setiap waktu solat), lalu kapas yang dikeluarkan itu kering putih bersih tanpa kesan-kesan darah mahupun terdapat cairan putih setelah darah kering. Maka, barulah boleh melaksanakan mandi wajib.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image